PERLUKAH SAYA SAMBUNG MASTER TERUS SELEPAS HABIS DEGREE ATAUPUN KERJA DAHULU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat semua, harini saya nak kongsi nukilan saya tentang sesuatu yang menarik. Pasti ada di antara kita terfikir kan lepas habis degree ini nak sambung master terus ataupun kerja dahulu kan. Jangan pening-pening kawan2 bole baca dan fahami dulu kebaikan dan keburukan antara kedua-dua ini. Terlebih dahulu, saya nak  ingatkan ini hanyalah pendapat saya je ya kawan-kawan, tak semestinya  tepat dan diiktiraf oleh mana-mana jabatan, ia hanyalah pendapat setelah saya membuat kajian dengan mengunakan pelbagai kaedah untuk memahaminya seperti makan sambil mencari maklumat, mandi sambil mendengar maklumat dan sebagainya. Oklah da banyak sangat saya melalut ni, ok saya akan ceritakan dulu kebaikan dan keburukan sambung master selepas habis degree.

Antara kebaikan sambung master selepas habis degree ialah dari segi masa. Maksud masa yang saya ingin sampaikan disini ialah tempoh yang kawan-kawan ambil untuk dapatkan master. Sekiranya anda sambung terus , anda akan habis awal daripada anda Tangguh untuk kerja dahulu. Yang kedua ialah semangat untuk belajar. Apa yang saya maksud disini ialah jika kita sambung terus, semangat ingin belajar tu masih kuat dan ingatan kita masih segar lagi tentang perkara yang kita belajar di degree. Sekiranya kita bekerja dahulu, kebanyakan orang akan rasa semangat belajar itu akan hilang kerana kita dah dapat duit dan telah bekerja, kenapa nak sambung lagi ye tak kan.

 Ok seterusnya saya ceritakan serba sedikit keburukan sambung belajar selepas habis degree, antara ialah peluang pekerjaan. Ya isu ini sangat besar tetapi mengapa saya katakan peluang pekerjaan kerana apabila kita terus sambung dan sambung kita akan kekurangan dari segi pengalaman bekerja. Kebanyakan majikan sering mengambil pekerja yang mempunyai walaupun anda telah mendapat sijil tertinggi sekalipun. Yang kedua pula,masalah kewangan. Kebanyakan daripada kita bukanlah keluarga yang senang dan dibebani dengan hutang ptpn yang masih belum dibayar. Itulah siapa suruh beli telefon, makan mahal-mahal dan sebagainya kan dah menyesal. Tiadalah saya gurau sahaja tentang belanja itu jangan marah-marah ye nanti cepat tua. Ok itulah serba sedikit tentang kebaikan dan keburukan sambung belajar terus selepas habis degree. Nak lebih lagi nanti kita borak sama-sama makan angin jela ye, makan-makan makanan da naik harga.

 

Baiklah seterusnya saya akan ceritakan pula kebaikan dan keburukan kerja dahulu selepas habis degree. Yang pertama ialah daripada segi kewangan. Apabila kita telah bekerja, kita akan dapat mengurangkan bebanan keluarga kita daripada membayar wang pengajian sambung belajar master dan juga hutang ptpn degree. Duit yang kita perolehi boleh buat modal untuk kita sambung master nanti. Ok seterusnya kebaikannya adalah kita mempunyai pengalaman. Perkara ini sangatlah penting ya kawan-kawan penting di macam bila kita masak maggi kari wajb kena letak telur kalau tak rasanya tak padu gitu. Pengalaman kerja ini sangatlah penting selepas kita habis master nanti ,majikan akan lebih memlilih graduan yang mempunyai pengalaman bekerja untuk menjadi pekerja mereka.

Oklah seterusnya saya ceritakan keburukan sambung belajar selepas habis degree, antaranya ialah semangat untuk belajar. Penerangannya lebih kurang sahaja dengan kebaikan sambung belajar terus selepas habis degree itu. Saya bukan malas nak tulis balik ya tapi saya ni prihatin saya taknaklah anda baca ulang-ulang, ni bukan alasan ya tapi kenyataan . Kalau saya malas takdanya saya tulis penerangan seperti ini. Oklah berbalik kepada isu seterusnya, keburukannya ialah masa. Maksud masa disini ialah tempoh masa yang diambil untuk anda menamatkan dan memiliki sejarah master lebih lambat daripada anda sambung belajar terus selepas habis degree. Ok yang ni penting juga ya, ilmu yang kita pelajari semasa di degree. Kebanyakan daripada kita akan sambung master berkait dengan bidang degree kita kan. Jadinya bila kita telah tangguh terlalu lama untuk sambung Master, hal ini membuatkan kita lupa serba sedikit perkara yang kita telah pelajari sebelum. Perkara  ini dikecualikan untuk mereka yang mempunyai storan sebanyak 256gb ya dalam diri mereka, memori itu akan tersimpan walaupun telah berabad lamanya. Untuk yang jenis short term memory akan mengalami sedikit kesukaran dalam mengingati semula perkara yang telah dipelajari.

 

Baiklah saya dah kongsikan sedikit pendapat saya tentang kebaikan dan keburukan sambung belajar selepas habis degree mahupun kerja dahulu sebelum habis belajar. Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin kongsikan kepada kawan-kawan semua tapi sebab saya dah lapar ,fikiran terlalu ke makanan sahaja sekarang ini. Walaubagaimanapun, perkongsian ini hanyalah pendapat saya dan tidak semestinya tepat ya kawan-kawan semua cuma saya pernah mengalami situasi seperti anda jadi saya buatlah penulisan ini. Nasihat yang boleh saya bagi untuk mereka yang masih memikirkan tentang perkara ini, mintalah nasihat dan pendapat daripada rakan-rakan, keluarga, pensyarah dan sebagainya ya janganlah hanya pendam di hati ya kawan-kawan. Harap-harap penulisan saya ini membantu kawan-kawan dalam membuat keputusan yang betul ya sebelum “nasi sudah menjadi bubur”. Peribahasa makanan ini bukan saya gunakan kerana saya lapar ye Cuma saya rasa ianya berkaitan dengan perkara yang telah saya sampaikan. Saya doakan kalian berjaya dan tidak menyesal dengan keputusan yang telah dibuat. Kalau kalian nak saya buat penerang tentang master saya boleh buatkan kerana master mempunyai banyak jenis iaitu course work,mix mode dan research. Akhir kata dari saya, dalam kehidupan ini kita diuji dengan beberapa perkara namun janganlah kita mengalah tetapi cari cara untuk menyelesaikannya.

Ulasan